LAPORAN OGOS 2017 - BENGKEL INTEL EASY STEP

Tarikh     : 5 Ogos - 6 Ogos 2017

Masa      : 08.30am-12.30pm

Lokasi    : Pusat Internet 1 Malaysia Balingian

Peserta  : 8 Orang

 

Tujuan

Program Celik Digital. Kursus asas yang  memantapkan lagi kemahiran Desktop Publishing di mana Intel Easy Step menawarkan Sijil yang laku keras masa kini. Modul ini mengajar Kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excell dan Power Point dan penggunaan internet & Emel.

 

Aktiviti

Membantu peserta untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman "hands-on" dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk  belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:

* Menghasilkan dokumen seperti surat,dokumen perniagaan dan sebagainya.

* Mencari maklumat menggunakan Internet

* Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan.

* Mencipta persembahan.

* Menggunakan Internet dan e-mel.