Pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan asas di Pekan Balingian ini untuk menentukan kemajuan di sesebuah kawasan.Antara kemudahan yang telah disediakan adalah seperti Balai Raya Kg.Pulat serta Dewan Kg.Lintang,tempat ini sering digunakan untuk acara sambutan,sukaneka dan sambutan perayaan. Bekalan air, elektrik, dan kemudahan telekomunikasi juga disediakan. Kemudahan jalan antara kampung-kampung, dan daerah kecil lain seperti Dalat, Oya, Igan, dan Matu telah dibina dan dinaiktaraf supaya penduduk setempat dapat menikmati keselesaan dengan penggunaan jalan raya tersebut. Perkhidmatan bas, kereta sewa, feri dan bot juga disediakan. Daerah kecil ini juga disediakan kemudahan lain seperti masjid, gereja, pasar dan deretan kedai. Bangunan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Telekom Berhad, dan flat kediaman untuk agensi kerajaan juga dibina dalam kawasan ini
http://balingian.naditm.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur#sigFreeId18b5782611