SELAMAT TAPAK GAK NADI BALINGIAN
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Balingian @ National Information Dissemination Centre, mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Tujuan NADI di wujudkan untuk tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan NADI sebagai pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha sertai senarai bantuan kerajaan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional Balingian adalah:
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Visi dan Misi Pusat Sebaran Maklumat Nasional Balingian:
Visi : Menjadikan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan komuniti setempat.
Misi : Mewujudkan Komuniti Bijak IT.
- Menyediakan infrastruktur ICT yang mampu menampung semua aliran maklumat.
- Menyediakan persekitaran ICT yang inovatif dan berkualiti.
- Memantapkan perkhidamatan melalui teknologi ICT.
Pusat Sebaran Maklumat Balingian menawarkan latihan/kursus/bengkel ICT kepada komuniti setempat :
- Pengenalan asas komputer
-
Asas Internet & Emel
-
Intel Learn Program (ILP)
-
Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan lain-lain).
-
Desktop Publishing (Microsoft Office).
-
Adobe Photoshop.
-
Klik Dengan Bijak (KDB)
-
Bengkel Keusahawanan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Balingian, Sarawak mula beroperasi pada 22 Disember 2009 dan juga merupakan salah satu Pusat Sebaran maklumat Nasional yang terdapat di Sarawak.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Balingian ini terletak di Jalan Kampung Pulat, Pejabat Daerah Lama Balingian ia juga berdekatan dengan Sekolah Rendah SK Parish Balingian. Wujudnya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sekitar Pekan Balingian ini telah membuka mata seluruh komuniti dari peringkat umur untuk mengenali ilmu ICT dengan lebih mahir lagi. Sokongan daripada komuniti Balingian sangat menggalakan dimana komuniti disini sangat bersyukur dengan ada nya NADI seperti ini. Dengan penubuhan Pusat ini juga kaum muda mudi dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal yang terdapat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Balingian juga merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kerjasama TM bhd dan MSD Digital Intelligence. Bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI sebagai lokasi untuk membentuk Komuniti Berpengetahuan dalam bidang ICT dan melahirkan komuniti yang mahir ICT sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
R e v o l u s i N A D I B a l i n g i a n
http://balingian.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m#sigFreeId39948e37fa