SELAMAT TAPAK GAK NADI BALINGIAN

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Balingian @ National Information Dissemination Centre, mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Tujuan NADI di wujudkan untuk tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan NADI sebagai pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha sertai senarai bantuan kerajaan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional Balingian adalah:

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

Visi dan Misi Pusat Sebaran Maklumat Nasional Balingian:

Visi  : Menjadikan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan komuniti setempat.

Misi : Mewujudkan Komuniti Bijak IT.

  • Menyediakan infrastruktur ICT yang mampu menampung semua aliran maklumat.
  • Menyediakan persekitaran ICT yang inovatif dan berkualiti.
  • Memantapkan perkhidamatan melalui teknologi ICT.

 

Pusat Sebaran Maklumat Balingian menawarkan latihan/kursus/bengkel ICT kepada komuniti setempat :

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas Internet & Emel

  • Intel Learn Program (ILP)

  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan lain-lain).

  • Desktop Publishing (Microsoft Office).

  • Adobe Photoshop.

  • Klik Dengan Bijak (KDB)

  • Bengkel Keusahawanan