Pesta Bederun, Balingian

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa itu “BEDERUN”, sambil berpesta sambil kita mengetahui latar belakang pesta yang sangat unik namanya. Bederun bermaksud BERKUMPUL dalam bahasa melanau Balingian, Pesta Bederun ini merupakan pesta yang dianjurkan 2 tahun sekali dan pada tahun 2015 penganjunran kali ke-3 sejak tahun 2010 lagi.

Penganjuran Pesta Bederun ini mempunyai objektif tersendiri iaitu bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara penduduk di kawasan Balingian dengan kawasan yang lain. Pesta kali ini padat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya Pertandingan Kayuh Perahu Bidar dalam kategori 8 pengayuh, 15 pengayuh dan isi penuh, selain itu terdapat pertandingan Rakit Berhias dan Lumba Perahu Jala. Pesta Bederun kali ini dimeriahkan lagi dengan mengadakan Program Malam Kebudayaan serta disediakan gerai-gerai Komuniti dan gerai-gerai jualan.

 #CreditPhotoByOshYaque

Facebook & Instagram Follow : Osh Yaque

 

 

Tunjang D'Chalets Sg. Sebuluh, Balingian

Tunjang D'Chalets merupakan pusat peranginan yang pertama kali dibina di Balingian telah beroperasi sejak Oktober 2015. Terletak berhampiran dengan Sg.Sebuluh, Balingian dan jarak dari Pekan Balingian adalah 10 KM, jika anda dari Bandar Mukah ianya 50 KM.Jika ada sebarang pertanyaan & tempahan, terus berhubung dengan pihak pengurusan Tunjang D'Chalets :

 

 

.