Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Balingian, Sarawak mula beroperasi pada 22 Disember 2009 dan juga merupakan salah satu Pusat Sebaran maklumat Nasional yang terdapat di Sarawak.

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Balingian ini terletak di Jalan Kampung Pulat, Pejabat Daerah Lama Balingian ia juga berdekatan dengan Sekolah Rendah SK Parish Balingian. Wujudnya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sekitar Pekan Balingian ini telah membuka mata seluruh komuniti  dari peringkat umur untuk mengenali ilmu ICT dengan lebih mahir lagi. Sokongan daripada komuniti Balingian sangat menggalakan dimana komuniti disini sangat bersyukur dengan ada nya NADI seperti ini. Dengan penubuhan Pusat ini juga kaum muda mudi dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal yang terdapat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Balingian juga merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kerjasama TM bhd dan MSD Digital Intelligence. Bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI sebagai lokasi untuk membentuk Komuniti Berpengetahuan dalam bidang ICT dan melahirkan komuniti yang mahir ICT sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

 

R e v o l u s i N A D I B a l i n g i a n