LAPORAN SEPTEMBER 2018 - #KitaPunyaMalaysia2018

Tarikh     : 16 September 2018 

Masa      : 7.00pm- 11.00pm

Lokasi    : Perkarangan Pusat Internet Balingian & Dewan Serbaguna Kpg.Masjid, Balingian

Peserta  : Komuniti Seluruh Balingian

Tujuan

Sempena menyambut Hari Malaysia 2018, KRT Pekan Balingian Baru dan Pusat Internet Balingian berganding bahu dalam menjayakan Program #KitaPunyaMalaysia. Pelbagai agenda serta aktiviti yang di adakan bermula dari awl pagi lagi dengan mengadakan Senaman Zumba di Dewan Serabaguna kpg Masjid dan seterusnya diteruskan dengan aktiviti Sukan Rakyat yang melibatkan 5 kumpulan dari setiap ranting KRT di kawasan Balingian itu sendiri. Pada sebelah petang pula aktiviti membuat Nasi Pulut bertemakan "Jalur Gemilang" sambil diteruskan aktiviti sampingan seperti mewarna kanak-kanak dan dewasa. Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia ini pihak penganjur mengadakan Malam kebudayaan #KitaPunyaMalaysia sebagai acara kemuncak penutupan majlis tersebut dengan mengadakan pertandingan Koir tema Patriotik, pertandingan Tarian Poco-poco kreatif dan pertandingan Fesyen baju kanak-kanak bertemakan warna Bendera Malaysia.

#SayangiMalaysiaku

#KitaPunyaMalaysia

Aktiviti

* Zumba

* Sukan Rakyat

* Pertandingan Mewarna Dewasa

* Pertandingan Mewarna (Sekolah Rendah)

* Menghasilkan Nasi Pulut "Jalur Gemilang"

* Pertandingan Koir Tema Patriotik

* Pertandingan Poco-poco kreatif

* Cabutan Nama Bertuah