LAPORAN FEBUARI 2024 - BENGKEL CANVA, CHAT GPT DAN COPYWRITING
Tarikh : 24 Febuari 2024
Masa : 09.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Balingian
Peserta : Usahawan
Tujuan
Membantu para usahawan untuk menambah ilmu dengan cara yang lebih mudah menggunakan aplikasi ChatGPT agar usahawan dapat mengiklankan produk mereka dengan susunan ayat yang lebih menarik, selain itu Copywriting juga diajar agar bahasa yang digunakan semasa membuat 'Post' berkenaan produk di media sosial lebih tersusun dan menarik minat pembaca.Bagi menarik lagi pembeli usahawan perlu menghasilkan poster produk bagi pengiklanan yang lebih menarik dan dalam bengkel ini para usahawan di ajar mengguankan aplikasi canva untuk menghasilkan poster yang menarik.
Aktiviti
* Penerangan Canva , ChatGPT
* Sesi Amali
* Sesi Soal Jawab
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN JANUARI 2024 - PROGRAM INTERVENSI KEMENJADIAN MURID TINGKATAN 1 & 2 SMK MUKAH
Tarikh : 31 Januari 2024
Masa : 08.00 Pagi - 11.00 Tengahari
Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah
Peserta : Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 2
Tujuan
Ceramah ICT sempena Program Intervensi Kemenjadian Murid tingkatan 1 & 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah adalah bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan di PEDi kepada para pelajar seterusnya memberi pendedahan tentang asas komputer, sistem operasi dan internet. Selain itu, memberi pendedahan tentang kesedaran penggunaan internet dengan betul melalui ceramah Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
* Penerangan Perkhidmatan PEDi
* Ceramah ICT ( Asas Komputer, Sistem Operasi, Internet )
* Sesi Soal Jawab
---LIHAT GAMBAR DI SINI---
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN NOVEMBER 2023 - KURSUS MICROSOFT OFFICE BERSAMA PERKIM CAWANGAN BALINGIAN
Tarikh : 26 November 2023
Masa : 08.30 Pagi - 2.30 Tengahari
Lokasi : PEDi Balingian
Peserta : Ahli PERKIM Cawangan Balingian
Tujuan
Koloborasi bersama PERKIM Cawangan Balingian iaitu Jawatankuasa Pendidikan dalam aktiviti yang melibatkan ICT di PEDi Balingian.Ini merupakan kerjasama kali ke-3 dimana para peserta melibatkan diri dalam bengkel ICT, antara aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan microsoft office word dan emel dalam aktiviti dan tugasan harian para peserta . Seramai 11 Peserta telah menyertai yang terdiri daripada AJK.
Aktiviti
* Pendaftaran Ahli PEDi Balingian
* Kelas Microsoft Office Word
* Kelas Emel
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN DISEMBER 2023 - KELAS USAHAWAN MAKEUP (BASIC)
Tarikh : 8 Disember 2023
Masa : 09.00 Pagi - 4.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Balingian
Peserta : Usahawan PEDi
Tujuan
Bengkel ini dijalankan di PEDi Balingian atas permintaan peserta yang ingin mempelajari teknik-teknik solekan secara asas. Para peserta akan membuat amali sendiri sambil di bantu oleh tenaga pengajar. Bermula kelas solekan ini ialah pengenalan penggunaan alatan solek yang betul serta mengenali berus yang sesuai untuk proses solekan dan menghasilkan solekan yang simple dan cantik.
Aktiviti
* Penerangan Basic Solekan
* Sesi Amali Solekan
* Sesi Bergambar
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN OKTOBER 2023 - DIGITAL WORKSHOP BERSAMA USK BALINGIAN
Tarikh : 11 Oktober 2023
Masa : 09.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Balingian
Peserta : Ahli USK Balingian
Tujuan
Koloborasi kali kedua bersama USK Balingian dalam aktiviti yang melibatkan ICT di PEDi Balingian. Dimana para peserta melibatkan diri dalam bengkel ICT, antara aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan emel dalam aktiviti dan tugasan harian para peserta dan kelas usahawan shoppe daripada Rakan Digital PEDi Balingian. Seramai 14 Peserta telah menyertai yang terdiri daripada AJK tertinggi dalam persatuan USK ini.
Aktiviti
* Pendaftaran Ahli PEDi Balingian
* Kelas Emel
* Kelas usahawan
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++