LAPORAN FEBRUARI 2022 - BENGKEL ICT BERSAMA USK BALINGIAN
Tarikh : 4 Februari 2022
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( Balingian )
Peserta : Urusetia Saudara Kita Balingian
Tujuan
Persatuan Urusetia Saudara Kita (USK) Daerah Balingian adalah merupakan persatuan mualaf yang sangat aktif di Balingian. Persatuan USK Daerah Balingian sering mengadakan pelbagai aktiviti untuk ahli-ahli yang berdaftar di bawah mereke. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Bengkel ICT yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Balingian, seramai 9 peserta telah menghadiri bengkel ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada ahli persatuan tersebut berkaitan dengan penggunaan Google Meet untuk memudahkan mereka mengikuti kelas secara alam maya. Selain itu, perserta bengkel tersebut di ajar cara daftar emel dan kegunaan emel untuk memudahkan mereka menggunakan google meet tersebut.
Aktiviti
* Daftar Emel
* Cara Menggunakan Google Meet
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN JANUARI 2022 - LAWATAN PENDIDIKAN TABIKA KEMAS RUMAH AJI BALINGIAN
Tarikh : 28 Januari 2022
Masa : 9.00am - 11.30am
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( Balingian )
Peserta : KEMAS Rumah Aji Balingian
Tujuan
Lawatan yang bertujuan memberi pendedahan dunia teknologi masa kini kepada anak-anak pra sekolah dari Jabatan KEMAS RH.Aji, Seramai 19 Orang murid bersama 6 orang guru serta pengiring membuat lawatan ke PEDI Balingian. Pellbagai pengisian aktiviti telah disediakan antaranya adalah tayangan video UPIN IPIN (Gong Xi Fa Cai) , Pengenalan Asas Komputer , Mewarna Digital Online , dan Kuiz ICT.
Aktiviti
* Tayangan Video UPIN IPIN.
* Asas Komputer.
* Sesi Coloring Online Oleh Pelajar Sekolah.
* Kuiz
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN NOVEMBER 2021 - BENGKEL ASA KOMPUTER BERSAMA AJK PERKIM CAWANGAN BALINGIAN
Tarikh : 5 November 2021
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : AJK PERKIM cawangan Balingian
Tujuan
Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada AJK Perkim yang memegang jawatan biro-biro untuk memudahkan mereka membuat laporan dalam bentuk bertaip. Tugas-tugas setiap biro dalam setiap persatuan kena mengetahui cara penggunaan komputer bagi memudahkan mereka membuat laporan bergambar, minit mesyuarat & surat rasmi. Bengkel yang berlangsung selama 2 jam ini di hadiri oleh 9 perserta yang telah di pilih oleh pihak PERKIM cawangan Balingian. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para perserta yang telibat.
Aktiviti
* Pengenalan Komputer
* Pengenalan Microsoft Office Word
* Sesi Amali Oleh Peserta (Laporan Bergambar & Surat Rasmi)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN DISEMBER 2021 - LAWATAN PENDIDIKAN DIGITAL KEMAS KPG SUYONG & KEMAS KUALA BALINGIAN
Tarikh : 8 Disember 2021
Masa : 8.30pm - 10.30pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : KEMAS Kpg Suyong & KEMAS Kuala Balingian
Tujuan
Lawatan yang bertujuan memberi pendedahan ict kepada anak-anak pra sekolah dari Jabatan KEMAS Kpg Suyong & KEMAS Kuala Balingian sebelum berakhirnya cuti sekolah pada tahun 2021, mengikuti lawatan tersebut adalah para guru-guru dan ibu yang turut memeriahkan suasana.
Aktiviti
* Pengenalan & Nyanyian.
* Tayangan Cerita Pendek Berkaitan Pendidikan
* Sesi Coloring Online Oleh Pelajar Sekolah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN OKTOBER 2021 - KELAS EMEL & MENAIP (AKTIVITI 2)
Tarikh : 11 Oktober 2021
Masa : 9.00am - 11.00am
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Lepasan Sekolah
Tujuan
Permulaan kelas Microsoft adalah membuat emel dan typing. Di sini peserta akan diuji kepantasan untuk menaip dan diajar membuat emel yang rasmi untuk kegunaan masa akan datang.Sebelum memasuk bab Microsoft office peserta akan mempelajari membuat emel dan bagaimana cara untuk menghantar , menyemak dan membalas emel.
Aktiviti
* Pengenalan Komputer
* Pengenalan Emel
* Sesi Amali Oleh Peserta
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++