LAPORAN NOVEMBER 2019 - Hari Bersama Pusat Internet Balingian

Tarikh     : 2 November 2019

Masa      : 7.00pm - 12.30pm

Lokasi    : Balairaya Kampung Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti sekitar Balingian

Tujuan

Bertujuan untuk melestarikan Pusat internet Balingian sebagai pusat ICT dan kesihatan setempat, ia juga mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan serta persekitaran yang bersih. Merapatkan lagi hubungan Pusat Internet bersama warga komuniti sekitar Balingian dan agensi-agensi yang terlibat

Aktiviti

* Talimat Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Balingian

* Taklimat Pemakanan Sihat

* Jom Berus Gigi Oleh Pelajar KEMAS Balingian

* Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA.

* Bengkel ICT - Perkakasan & Perisian

* Pertandingan Poster Kesihatan

* Bengkel Dashboard & Usahawan

* Kuiz ICT

* ZUMBA

* Pertandingan Menu Sihat

* Teka Biji Betik

* Cabutan Nama Bertuah

* Gerai Usahawan

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

LAPORAN SEPTEMBER 2019 - Lawatan Pelajar Sedidik Mutiara, Balingian

Tarikh     : 1 Oktober 2019 

Masa      : 9.00pm- 11.00pm

Lokasi    : Pusat Internet Balingian

Peserta  : Pelajar Sedidik Mutiara Balingian

Tujuan

Seramai 28 orang si cilik dari Sekolah Sedidik Mutiara Balingian brrsama guru dan ibubapa yang berkunjung membuat lawatan ke Pusat Internet Balingian. Lawatan kali ini bertujuan untuk memberi pendedahkan awal kepada pelajar-pelajar sekolah Sedidik bagi mengenali dunia ICT, pelbagai aktiviti di sediakan oleh tenaga pengajar di Pusat Internet Balingian antaranya adalah Mengenali Apa itu Komputer & Coloring Online, para guru dan ibu bapa turut terhibut melihat telatah anak-ank yang comel dalam aktiviti tersebut.

Aktiviti

* Asas Komputer (Apa itu Komputer)

* Mewarna Secara Online

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

LAPORAN SEPTEMBER 2019 - Hari Bersama Pusat Internet Balingian

Tarikh     : 20 September 2019

Masa      : 7.30pm - 12.30pm

Lokasi    : Balairaya Kampung Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti sekitar Balingian

Tujuan

Merapatkan lagi hubungan Pusat Internet bersama warga komuniti sekitar Balingian. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti di jalankan antaranya program dashboard komuniti bagi memperkasakan lagi penggunaan aplikasi tersebut, ia juga adalah salah satu platform untuk usahawan-usahawan kecil dan surirumah untuk berniaga secara online.Tujuan Pusat internet Balingian menjalankan program ini juga adalah untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Balingian. Pada program kali ini, seramai 153 orang pengunjung memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Aktiviti

* Taklimat dari Agensi Anti Dadah 

* Talimat Kesihatan dari Jabatan Kesihatan

* Taklimat MyFree View

* Pameran dari Agensi Anti Dadah & Kesihatan

* Pameran Dari jabatan KEMAS

* Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA.

* Dashboard Komuniti

* Klik Dengan Bijak/Advokasi

* Kuiz ICT KAHOOT & Dashboard

* Pertandingan Mengarang Artikal " Kepentingan ICT Kepada Komuniti "

* Pertandingan Mewarna Digital Dewasa, Sekolah Rendah & Pra Sekolah

* Pertandingan Video Gubahan Bunga Meja (Video)

* Teka Kacang dalam Balang

* Cabutan Nama Bertuah

* Gerai Usahawan

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

LAPORAN SEPTEMBER 2019 - Sukaneka Hari Malaysia 2019

Tarikh     : 16 September 2019 

Masa      : 7.00pm- 12.00pm

Lokasi    : Perkarangan Pusat Internet Balingian

Peserta  : Komuniti Seluruh Balingian

Tujuan

KRT Jiran Muda Pekan Balingian Baru dan Pusat Internet Balingian sekali lagi berganding bahu dalam menjayakan Program Sukaneka Hari Malaysia 2019 bertempat di perkarangan Pusat Internet Balingian. Pelbagai agenda serta aktiviti yang di adakan bermula dari awl pagi lagi dengan mengadakan Senaman Zumba, pertandingan memancing dan di teruskan lagi dengan sukaneka(Sukan Rakyat)  yang melibatkan 6 Kumpulan dari setiap KRT masing-masing. Sebanyak 10 Sukaneka dipertandingkan antaranya, Lambung Belon air dengan kain pelikat, Menjala Botol, Pirates Jump, Fesyen Surat Khabar, Malaysia Bersih dan banyak lagi aktiviti yang di pertandingkan.

Aktiviti

* Zumba

* Sukan Rakyat

* Pertandingan Memancing

* Gerai Usahawan

* Cabutan Bertuah

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

 

LAPORAN OGOS  2019 - Program Merdeka 62 Malaysia

Tarikh     : 23 Ogos 2019 

Masa      : 2.00pm - 4.00pm

Lokasi    : Perkarangan Pusat Internet Balingian

Peserta  : Kanak-kanak Sekolah Rendah & Dewasa

Tujuan

Bagi menyemarakan lagi Hari Kemerdekaan kali ke -62, Pusat Internet Balingian sekali lagi menganjurkan pertandingan mewarna kategori sekolah Rendah & Dewasa yang disertai seramai 20 orang murid serta 20 orang dewasa. Program yang berbentuk santai-santai bertempat di perkarangan Pusat Internet Balingian. Suasana keharmonian seperti ini harus di ketengahkan bertujuan untuk mengeratkan lagi antara komuniti yang berbilang kaum di Balingian.

Aktiviti

* Pertandingan Mewarna Kategori Dewasa

* Pertandingan Mewarna Kategori Sekolah Rendah

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++