LAPORAN SEPTEMBER 2017 - PROGRAM SAYANG MALAYSIA
Tarikh : 16 September 2017
Masa : 08.30am- 2.00pm
Lokasi : Dewan Kpg.Lintang, Balingian
Peserta : 75 Orang
Tujuan
Memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia tahun ini. Selain itu, Pi1M Balingian mengambil langkah untuk lebih mendekati komuniti secara amnya,Oleh kerana itu, Kampung Lintang menjadi tuan rumah untuk Program Sayang Malaysia kali ini. Selain itu ia bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara komuniti setempat bersama Pusat Internet 1 Malaysia Balingian.
Aktiviti
*Mewarna (Kategori adalah sekolah Prasekolah, Sekolah Rendah tahun 3-5 dan Warga emas / dewasa 45 tahun keatas)
*Saringan pemeriksaan kesihatan
*Keahlian baru Pi1M Balingian
*karaoke.
http://balingian.naditm.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=95#sigFreeId058357af73
LAPORAN OGOS 2017 - BENGKEL INTEL EASY STEP
Tarikh : 5 Ogos - 6 Ogos 2017
Masa : 08.30am-12.30pm
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Balingian
Peserta : 8 Orang
Tujuan
Program Celik Digital. Kursus asas yang memantapkan lagi kemahiran Desktop Publishing di mana Intel Easy Step menawarkan Sijil yang laku keras masa kini. Modul ini mengajar Kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excell dan Power Point dan penggunaan internet & Emel.
Aktiviti
Membantu peserta untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman "hands-on" dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:
* Menghasilkan dokumen seperti surat,dokumen perniagaan dan sebagainya.
* Mencari maklumat menggunakan Internet
* Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan.
* Mencipta persembahan.
* Menggunakan Internet dan e-mel.