LAPORAN JANUARI 2018 - PROGRAM PEMAKANAN GAYA HIDUP SIHAT 2018

Tarikh     : 24 Februari 2018

Masa      : 8.00am- 13.00pm

Lokasi    : Balairaya Kpg.Pulat,Balingian

Peserta  : Persatuan PERKIM Cawangan Balingian & Komuniti setempat

 

Tujuan

Program ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Perkim cawangan Balingian yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti di sekitar Balingian betapa pentingnya menjalankan gaya hidup sihat seharian dan seterusnya berkaitan gaya pemakanan yang sihat.Selain itu jugak,ceramah kesihatan dan demonstrasi menu sihat dijalankan.Program seperti ini juga dapat membantu para wanita dalam mengendalikan masakan atau menu yang sihat seharian.

 

Aktiviti

* Ceramah Kesihatan

* Pemeriksaan Kesihatan

* Demonstrasi Menu Sihat

* Pertandingan Mewarna.

* Senam Kenyalang

* Pertandingan Mewarna

* Cabutan Nama Bertuah

LAPORAN JANUARI 2018 - PROGRAM JALINAN KASIH

Tarikh     : 1 JANUARI 2018

Masa      : 7.00am- 11.30pm

Lokasi    : Dewan Kampung Lintang,Balingian

Peserta  : Komuniti sekitar Balingian

Tujuan

Bersempena dengan sambutan ambang tahun baru 2018,JKKK Kg Lintang sekali lagi bekerja sama dengan Pi1M Balingian untuk menganjurkan Program Jalinan Kasih di mana memeriahkan lagi sambutan ambang Tahun baru 2018.Program yang berlangsung di Dewan Kpg.Lintang tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pada sebalah malam pula  acara Malam Jalinan Kasih diadakan yang menjadi acara kemuncak sempana program tersebut antara  acara seperti pertandingan Karaoke, pertandingan tarian senaman kreatif, Cabutan nama bertuah dan “Busking”. Pada sebelah pagi program tersebut di selitkan aktiviti senam kenyalang,pertandingan mewarna dan pertandingan Mengubah Bunga Plastik Meja dan acara dimulakan Fun Run Program ini melibatkan semua komuniti sekitar Balingian.

Aktiviti

* Fun Run sekitar kampung Lintang.

* Senam Kenyalang & Zumba.

* Pertandingan Gubahan Bunga Meja.

* Pertandingan Mewarna.

* Pertandingan Karaoke, Tarian Senaman.

* Cabutan nama bertuah & Busking

LAPORAN NOVEMBER 2017 - PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SK.ST JOHN MEDONG,DALAT

Tarikh     : 17 November 2017

Masa      : 9.00am-11.30pm

Lokasi    : SK. St John Medong, Dalat

Peserta  : 48 Orang

 

Tujuan

Program gabungan antara Pi1M Bahagian Mukah ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terutamanya para pelajar sekolah rendah tentang penggunaan dan penyalahgunaan internet serta langkah berjaga-jaga ketika menggunakan internet.Taklimat Advokasi KDB ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna internet khususnya berkenaan dengan etika semasa melayari internet.Dengan ada nya program seperti ini dapat melahirkan pengguna yang literasi terhadap teknologi ( bijak internet ),mewujudkan rasa tanggungjawap di kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pegguna yang lain,memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal setia kendiri, dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna menggunakan internet.

Aktiviti

* Ceramah Klik Dengan Bijak

* Command and Conquer

* Sesi bertanya soalan

LAPORAN DISEMBER 2017 - PERTANDINGAN CHRISTMAS DECORATION LIGHT

Tarikh     : 25-26 DISEMBER 2017

Masa      : 9.00am-11.30pm

Lokasi    : Kampung Baru,Balingian

Peserta  : 13 Buah Rumah

 

Tujuan

Memberi suasana yang harmoni disamping merapatkan lagi silaturahim dan keakraban hubungan Pusat Internet 1 Malaysia Balingian dengan komuniti kristian di kampung tersebut. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat saling bekerjasama antara komuniti di sekitar tersebut selain memeriahkan lagi sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2018.

 

Aktiviti

* Membuat aktiviti pembersihan di halaman rumah para peserta pertandingan.

* Sesi Decorasi Tema Krismas.

* Sesi penghakiman oleh Juri jemputan.

* Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang & peserta pertandingan.


LAPORAN OKTOBER 2017 - BENGKEL KESEDARAN CUTI SEKOLAH

Tarikh     : 18 Oktober 2017

Masa      : 9.00am-12.30pm

Lokasi    : Pusat Internet 1 Malaysia Balingian

Peserta  : 12 Orang

 

Tujuan

Bengkel kesedaran cuti sekolah kali ini berkonsepkan santai di mana bengkel diisi dengan kesedaran betapa pentingnya etika dan cara penggunaan media social. Ceramah Etika dan Klik Dengan Bijak dijalankan. Selain itu, ada aktiviti sampingan dijalankan untuk mengisi masa lapang pelajar. Seramai 12 pelajar mengikut Bengkel ini.Bengkel ini juga memberi pendedahan berkaitan pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email.

 

Aktiviti

* Ceramah Klik Dengan Bijak

* Membuat e-mel.

* Mencari maklumat menggunakan Internet