LAPORAN JUN 2019 - e-Kerajaan (Pengisian SPA), Typing
Tarikh : 17-18 Jun 2019
Masa : 9.300am - 12.00am
Lokasi : Pusat internet Balingian
Peserta : Belia
Tujuan
Memudahkan para belia mencari pekerjaan dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah hanya dengan online sahaja. Bagi belia yang baru saja habis belajar amatlah digalakkan untuk mencari pekerjaan. Kami pusat internet Balingian mengalukan-alukan kehadiran para belia dengan mengadakan sesi e-Kerajaan, menerangkan bagaimana mencari pekerjaan dengan membuat akuan dalam laman sesawang SPA serta mengajar peserta membuat resume, surat rasmi dan sebagainya. Dengan latihan seperti ini akan lebih memudahkan para belia untuk mencari pekerjaan.
Aktiviti
* Penerangan mengenai laman sesawang SPA
* Mengajar peserta mendaftar & muat naik sijil akademik
* Latihan bertaip (Resume, Surat Rasmi & dll.)
LAPORAN APRIL 2019 - Syukran Ramadhan 2019
Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 2.30am - 15.00PM
Lokasi : Perkarangan Pusat internet Balingian
Peserta : Komuniti Balingian
Tujuan
Pengagihan Bubur Lambuk kepada komuniti sekitar Balingian, ini merupakan edisi ke -3 yang di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian. Sebanyak 200 unit kontena bubur lambuk telah di agihkan kepada komuniti sekitar tersebut. Program seperti ini adalah merupakan salah satu pendekatan bagi menyatupadu komuniti dan Pusat Internet Balingian.
Aktiviti
* Pengagihan Bubur Lambuk
http://balingian.naditm.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=75#sigFreeIdfcb2700e1b
LAPORAN MAC 2019 - Program Sukaneka Kaul Balingian 2019
Tarikh : 23 Mac 2019
Masa : 9.00am - 11.30PM
Lokasi : Dewan Masyarakat Kuala Balingian
Peserta : JKKK Seluruh Balingian
Tujuan
Sukaneka in ini diadakan sebagai memeriahkan lagi suasana kaul selepas penyerahan "Seraheng Kakan". Selain itu, ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu kampung dalam Balingian, terdapat 4 Kampung yang menyertai acara sukaneka ini. Setiap kampung akan menghantar 15 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah menengah remaja dan dewasa. Pelbagai acara sukaneka dipertandingan antaranya Melastik Tin, Straw dan gelang getah, Relay Family (Kaki di ikat dengan kain sarung), Dart, Dart Belon. Bowling Kelapa tua, Lambung telur menggunakan Kain Batik, Relay Kelapa(Mengopek,Memarut) & Rumbia Relay. Sukaneka ini juga memberi pengetahuan kepada generasi muda serta memberi perkongsian kepada generasi sekarang tentang permainan orang dulu-dulu.
Aktiviti
* Gerai Usahawan
* Sukaneka
* Pentas Hiburan
http://balingian.naditm.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=75#sigFreeIdf6dbd3d7f5
LAPORAN APRIL 2019 - Kelas Emel & Internet
Tarikh : 1 April 2019
Masa : 9.00am - 11.00PM
Lokasi : Dewan Masyarakat Kuala Balingian
Peserta : Lepasan Sekolah
Tujuan
Mempelajari cara menggunakan internet dengan berkesan bagi mencari maklumat dan komunikasi. Dalam aktiviti ini juga, peserta akan belajar cara membuat emel serta menghantar dan membalas emel. Peserta akan di dedahkan dengan cara penggunaan internet dengan lebih baik berkesan dan betul.
Aktiviti
* Carian Maklumat menggunakan injin carian.
* Menghantar & membalas emel.
http://balingian.naditm.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=75#sigFreeId2a5f1eafed
LAPORAN FEBRUARI 2019 - Program Celik Digital Intel Easy Steps
Tarikh : 9-17 Februari 2019
Masa : 9.00am - 11.30PM & 2.00PM -4.30PM
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Tahap 1 & Lepasan SPM
Tujuan
Mengikuti program secara intensif dari silibus khas Intel Easy Steps dimana peserta di dedahkan kepada pengenalan Komputer secara am seterusnya mempelajari cara-cara untuk menaip bagi golongan kanak-kanak serta lepasan sekolah untuk melatih mereka lebih mahir. Selain itu peserta juga mempelajari Microsoft Office antaranya Microsoft Word, Microsoft Excel, & Microsoft Power Point.
Aktiviti
* Memperkenalkan Apa itu Komputer.
* Penerangan Sistem Operasi.
* Membuat Emel dan Search Maklumat di Dalam Google (Enjin Carian).
* Pemprosesan Kata
http://balingian.naditm.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=75#sigFreeId2cfb041fbd