LAPORAN NOVEMBER 2020 - PROGRAM RANDAU SOLIDARITI KOMUNITI DAERAH KECIL BALINGIAN SIRI 1
Tarikh : 21 November 2020
Masa : 8.00am - 4.00pm
Lokasi : Dewan Masyarakat Balingian
Peserta : KRT Ranting Balingian
Tujuan
Program ini berkonsepkan Hari Bersama Pelanggan dimana pendekatan komuniti kepada jabatan-jabatan kerajaan dan disini juga komuniti boleh mengajukan terus soalan yang berkaitan semasa sesi soal jawab bersama jabatan-jabatan kerajaan. Jemputan agensi-agensi seperti Anti Dadah, Jabatan kesihatan dalam memberi ceramah kepada komuniti pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti di adakan bermula dari senaman zumba dan cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi program pada hari tersebut. Program di akhiri dengan Majlis Penanguhan pada sebelah malam.
Aktiviti
* Ikrar Rukun Negara
* Senaman Zumba
* Pameran Jabatan-jabatan(Land & Survey Mukah, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran,Bomba, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar,Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah, Pusat Internet Komuniti & PID)
* Sesi Dailog Bersama Jabatan Terlibat.
* Pertandingan Futsal.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN OKTOBER 2020 - Bengkel Penulisan Resume
Tarikh : 2 Oktober 2020
Masa : 9.00am - 2.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada lepasan pelajar yang ingin melangkah ke alam pekerjaan. Setelah tamat sesi kelas microsoft office, para pelajar akan di ajar cara menghasilkan resume mengikut format pada masa kini.
Aktiviti
* Pengenalan Bengkel Penulisan Resume.
* Sesi menaip Resume.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN OGOS 2020 - Bengkel Usahawan Online Baru
Tarikh : 6 & 8 Ogos 2020
Masa : 9.00am - 4.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Belia & Usahawan Kecil
Tujuan
Membantu para usahawan kecil sekitar Balingian menjalankan perniagaan mereka melalui aplikasi Shoppe & Yezza. Dengan adanya bengkel seperti ini mampu untuk usahawan kita mempelajari cara bagaimana untuk memasarkan produk yang di jual terus ke pasaran luar dari kebiasaan.
Aktiviti
* Taklimat Usahawan.
* Membuat Akaun Shoppe & Yezza.
* Mempromosi Produk.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN SEPTEMBER 2020 - Bengkel Poster Menggunakan CANVA
Tarikh : 5 September 2020
Masa : 9.00am - 2.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Mempelajari aplikasi terbaru untuk menghasilkan poster & grafik dengan lebih mudah serta senang untuk di gunakan oleh pelajar pada masa sekarang. Penggunakan aplikasi CANVA juga membantu para pelajar membuat poster dengan lebih kreatif dan mampu menarik minat pelajar untuk lebih kreatif dalam menghasilkan grafik untuk sesuatu kerja.
Aktiviti
* Pengenalan Bengkel Poster
* Pengenalan Aplikasi CANVA.
* Menghasilkan Poster menggunakan Aplikasi CANVA.
* Sesi Photo.
* Jamuan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN JULAI 2020 - Program Pemuda OTG(On The Go)
Tarikh : 22 Julai 2020
Masa : 7.00pm - 10.00pm
Lokasi : Riverfront Balingian
Peserta : Komuniti Balingian
Tujuan
Bagi meraikan Hari Sarawak tahun ini dengan norma baru, satu program anjuran bersama pemuda Balingian, persatuan wanita Balingian dan Pusat Internet telah mengadakan Program Santai untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Sarawak. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya adalah Konvoi Motosikal oleh Belia di sekitar pekan Balingian, Zumba, Demo masakan kuih tradisional,cabutan nama bertuah dan di akhiri dengan gotong royong perdana di kampung masing-masing.
Aktiviti
* Konvoi Motosikal.
* Zumba.
* Demo Masakan Kuih Tradisional.
* Cabutan Nama Bertuah.
* Gotong Royong Perdana.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++