Fenomena Udang di Balingian
Setiap kali musim udang timbul, penduduk di daerah Balingian gempar dengan kemunculan sejumlah besar udang galah pelbagai saiz.
Warga Balingian ibarat berpesta rezeki apabila udang pelbagai jenis daripada saiz kecil hingga bersaiz udang galah timbul di permukaan parit dan sungai selepas daerah Balingian dilanda banjir besar baru-baru ini.
Musim sebegini menjadikan sungai Balingian meriah dengan kehadiran penduduk sekitar kampung yang turun menangkap udang dengan pelbagai cara seperti menjala, ditombak, memukat dan menangguk atau mengutip hanya menggunakan tangan sahaja di tebing sungai Balingian.
Bukan hanya udang bahkan beberapa jenis ikan turut timbul di sungai Balingian ini. Fenomena udang timbul telah berlaku sejak bberapa tahun lalu setiap kali banjir @ air pasang di daerah Balingian apabila air surut fenomena ini mula berlaku.
http://balingian.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/100-fenomena-udang-timbul#sigFreeId75f5008058