Pesta Kaul Balingian 2018
Pesta Kaul merupakan satu pesta keramaian masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan upacara dan adat resam yang menarik serta unik.Dahulunya, Kaul ini adalah sejenis pesta keagamaan yang diraikan oleh masyarakat Melanau ‘pagan’. Ia adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di tempat- tempat tersebut.
Pesta ini biasanya diadakan mengikut kalendar kaum Melanau pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Dimana sungai, laut dan hutan tempat utama sumber pendapatan mereka.
Namun dengan adanya perubahan agama dan anutan , masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan kaul.
Malah Pesta kaul telah dijadikan sebagai medan perkelahan komuniti terbesar bagi masyarakat Melanau. Bahkan kini, ia menjadi salah satu pesta yang bukan sahaja dapat menghimpunkan masyarakat Melanau secara khususnya, malah telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut sama berkongsi kemeriahan pesta Kaul. Kini pesta Kaul bukan lagi sekadar satu perayaan tradisi kaum melanau, malah ia adalah salah satu tarikkan kepada pengunjung terutama dari masyarakat luar.
Buat julung kalinya, Balingian telah menganjurkan Kaul Balingian yang bertempat di Pantai Kuala Balingian yang berlangsung pada 14 April 2018 dan dirasmikan oleh YB Encik. Abdul Yakub bin Hj Arbi ADUN N58.Balingian. Komuniti sekitar Balingian turut serta memeriahkan suasana pada hari tersebut, pengunjung dari luar juga turut hadir untuk menyaksikan upacara Kaul Balingian yang berlansung secara kecil-kecilan.
http://balingian.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/120-kaul-balingian#sigFreeIdca4a8fa70d